MAKLUMAT PERPUSTAKAAN

MAKLUMAT RINGKAS PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG CHANTEK BANGUN


NAMA KAMPUNG     : Kampung Chantek Bangun

PARLIMEN                   : Arau ( YB Dato' Seri Shahidan bin Kassim)

DEWAN UNDANGAN NEGERI : Guar Sanji ( YB Tuan Jafperi  Othman)

MAKLUMAT RINGKAS :

Perpustakaan Desa kampung Chantek Bangun telah beroperasi pada tahun 2005. Penubuhan perpustakaan ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk memperluaskan rangkaian perkhidmatan perpustakaan kepada penduduk kampung disini. Perpustakaan ini telah mendapat sambutan yang hebat dikalangan penduduk. Perpustakaan ini dibina di tempat yang strategik bersebelahan sawah padi dan kawasan yang berdekatan dengan penduduk kampung. 

Antara kemudahan yang disediakan kepada penduduk kampung adalah
  • Pinjaman dan Rujukan
  • Bahan Bacaan ringan seperti  majalah dan akhbar tempatan seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia
  • Bahan ilmiah Buku - buku agama, buku rujukan untuk pelajar, buku motivasi 
  • Fiksyen dan banyak lagi
  • Netbook 
Tidak ketinggalan pelbagai jenis aktiviti dijalankan setiap bulan bagi menarik lebih ramai pengunjung ke perpustakaan ini.
Kemudahan ini disediakan bertujuan bagi memudahkan penduduk kampung mencari maklumat dan menjadikan bahan-bahan tersebut sebagai satu rujukan. Pelbagai golongan masyarakat yang berkunjung  ke perpustakaan ini sama ada bagi mendapatkan maklumat tentang kajian, meminjam buku atau pun sekadar riadah di perpustakaan

TARIKH MULA BEROPERASI         : Tahun 2005


No comments:

Post a Comment