ALUAN



Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera

Perpustakaan Desa adalah satu unit perpustakaan kecil yang dibina sama ada di kampung atau taman- taman perumahan dan kawasan tumpuan penduduk dengan tujuan memberi kemudahan perkhidmatan perpustakaan kepada semua lapisan masyarakat sehingga ke akar umbi dan menyokong pembelajran sepanjang hayat dengan menyediakan bahan – bahan ilmiah serta bahan bacaan ringan untuk pengguna perpustakaan. Perpustakaan Desa Chantek Bangun ditubuhkan pada tahun 2005 dengan matlamat tersebut dalam memberi kesedaran tentang kepentingan membaca dikawasan sekitar Perpustakaan Desa dengan menawarkan perkhidmatan pinjaman dan rujukan pembaca, perkhidmatan komputer dan internet, bahan bacaan ilmiah dan ringan seperti majalah dan suratkhabar, kesedaran semasa dan menjalankan aktiviti Galakan Membaca kepada golongan sasaran iaitu kanak- kanak dan dewasa. 
Blog ini disediakan dengan bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepad orang ramai secara atas talian dan dihujung jari. Pengguna boleh mendapat maklumat di mana sahaja selagi mempunyai capaian internet bila- bila masa sahaja. Maklumat lengkap tentang Perpustakaan Desa seperti waktu perkhidmatan, jenis perkhidmatan dan pelbagai lagi telah disediakan untuk kemudahan pengguna. Juga dimuatkan adalah maklumat tentang Kampung Chantek Bangun dan kawasan sekitarnya untuk memberi gambaran kepada orang ramai tentang kampung ini dan kesistimewaannya.
Kami mengalu- alukan sebarang maklumat tambahan, komen dan cadangan bagi tujuan penambahbaikkan blog ini ataupun untuk penambahbaikkan perkhidmatan perpustakaaan. Semoga usaha kita dalam menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia akan mencapai objektifnya
.
SEJENAK DI PERPUSTAKAAN, SELAUTAN ILMU PENGETAHUAN

Mohammad Shafri Mohamad Ros
Pembantu Perpustakaan

Afifah Binti Ismail
Pembantu Operasi

No comments:

Post a Comment