Wednesday 31 August 2016

LIRIK LAGU MERDEKA DAN LAGU SEHATI SEJIWA

Nah admin belanja lirik lagu Merdeka dengan lrik lagu sehati Sejiwa sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2016. kot- kot la ada yang tak tau lagu lagu ni.....

TANGGAL 31
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Ulang Daripada Mula

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka.. merdeka.. merdeka..
MERDEKA



SEHATI SEJIWA

Demi ……tanah yang bertuah 
Taman….. cinta merdeka ..aaa
Kasih …di hatiku ini 
Untukmu ….tanah pertiwi …iii

Dari …..utara selatan
Juga….. timur ke barat
Turut gagah ….Sabah Serawak
Se….hati Sejiwa

Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa

Bridge 
Laut luas terbentang 
Bukan satu halangan 
Untuk kita bersama 
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya…..

Chorus
Walaupun berbeza 
Budaya Agama 
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan 
Marilah bersatu

Sehati sejiwa

Malaysia Kekal Sejahtera … 

Korus Iban Kadazan

(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
( mi i so ginavo)kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan 
(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa





Tuesday 23 August 2016

BENDERA MALAYSIA

BENDERA MALAYSIA


Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kedaulatan bagi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air. Bendera ditakrifkan sebagai sebidang kain yang diperagakan bagi menunjukkan tanda dan lambang kewujudan yang juga dikenali sebagai panji dan obor. Bendera dalam budaya Melayu biasanya dikaitkan dengan kedudukan golongan Diraja yang memerintah.
Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula membawa makna suci murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu. Gabungan tiga warna utama iaitu merah, putih dan biru melambangkan setia kawan Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwel.

PENCIPTA BENDERA MALAYSIA

Pencipta Bendera Malaysia ialah Allahyarham Mohamed Hamzah. Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. 

Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarhammenamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.



Wednesday 17 August 2016

KAWASAN MENARIK DI SEKITAR PD

Sawah Bendang

Perlis merupakan sebuah negeri yang terkecil di Malaysia dan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil tanaman padi dan harum manis. Tetapi, di sekitar kawasan Perpustakaan Desa Kampung Chantek Bangun telah dikelilingi oleh sawah padi yang menghijau serta cantik mata memandang. Suasana serta udara yang terdapat di kawasan ini sangat bersih dan nyaman. Perkara ini membolehkan pengunjung yang mengunjungi Perpustakaan Desa Kampung Chantek Bangun dapat menggunakan perkhidmatan perpustakaan dengan nyaman dan tenteram.....



MAKNA KEMERDEKAAN.....
Istilah kemerdekaan digunakan untuk membezakan dengan penaklukan yang merujuk kepada sesuatu kawasan sebagai "wilayah" yang dikawal oleh sebuah kerajaan luaran dari segi politik dan tentera. Perkataan ini kekadang juga digunakan dalam erti kata yang lebih lemah untuk membezakan dengan hegemoni yang merupakan kawalan sebuah negara secara tak langsung oleh sebuah negara yang lebih kuat.
Kemerdekaan boleh merupakan taraf permulaan bagi sebuah negara muncul (sering kali untuk mengisi kekosongan politik), tetapi sering merupakan pembebasan daripada kuasa yang mendominasi kawasan itu. Dari segi negatif, kemerdekaan juga boleh ditakrifkan sebagai keadaan yang tidak dikuasai oleh kuasa yang lain melalui penjajahandasar peluasan kuasa atau imperialisme.
Kemerdekaan boleh diperoleh melalui penyahjajahan, pemisahan atau pembahagian. Walaupun ketiga-tiga ini sering berbetulan dengan kemerdekaan, ketiga-ketiga ini harus tidak dikelirukan dengan pemberontakan yang biasanya merujuk kepada penggulingan pihak berkuasa secara ganas. Ini kekadang hanya bertujuan untuk pengagihan semula kuasa — dengan atau tanpa unsur pembebasan seperti dalam kes pendemokrasian — di dalam sebuah negara dan oleh itu, bentuk negara itu tidak berubah. Umpamanya, Revolusi OktoberRusia tidak bertujuan untuk memperoleh kemerdekaan negara; sebaliknya Perang Revolusi Amerika Syarikat bertujuan sedemikian.