PPANPS

SEJARAH PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS







SEJARAH PERKEMBANGAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS

Hasrat untuk menubuhkan sebuah “Khutub Khanah atau perpustakaan” telah bermula sejak tahun 1966. Sebuah Jawatankuasa Khutub Khanah telah ditubuhkan untuk memulakan langkah tersebut. Mesyuarat pertama telah diadakan pada 28 September 1968 dan bersetuju menggunakan Bilik Pertahanan Awam di Bangunan Mahkamah Lama yang terletak di Jalan Kelab Indera Kayangan, Kangar sebagai tapak permulaan bagi memulakan sebuah Khutub Khanah di negeri Perlis. Segala kelengkapan seperti buku diperolehi melalui sumbangan derma daripada pihak swasta, ahli-ahli perniagaan dan orang perseorangan. Perubahan tempat ini sesuai berbanding dengan usaha awal tahun 1966 di mana ia hanya menumpang di bangunan Kelab Indera Kayangan, Kangar.

PEMBUKAAN RASMI

Khutub Khanah itu menggunakan Bilik Pertahanan Awam pada 15 Februari 1969 setelah pihak JKR menjalankan kerja-kerja ubah suai bangunan tersebut di bawah pengawasan juruteranya iaitu Encik Lim Teik Mei. Pada peringkat permulaan, Khutub Khanah hanya dibuka sebagai bilik bacaan sahaja kerana koleksi buku-buku yang ada belum mencukupi untuk dipinjam sehinggalah pertengahan Julai 1970, perkhidmatan pinjaman dibenarkan setelah jumlah koleksi buku meningkat kepada 5,000 naskah. Bangunan Khutub Khanah yang mempunyai keluasan lantai 3,600 kaki persegi telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Tuanku Raja Perlis pada 20 April 1969. Ia merupakan satu detik bersejarah bagi negeri Perlis kerana ia merupakan salah sebuah negeri yang mula-mula sekali dapat mengadakan sebuah Khutub Khanah di Semenanjung Malaysia.

PERKEMBANGAN KHUTUB KHANAH

Khutub Khanah telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat di negeri Perlis khususnya pelajar sekolah dan siswazah yang balik bercuti untuk digunakan sebagai tempat rujukan. Keadaan ruang sedia ada semakin sempit apabila pengguna semakin ramai serta koleksi buku bertambah setiap tahun. Akhirnya, Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berada sebumbung dengan Bilik Pertahanan Awam telah menyerahkan ruangnya untuk digunakan oleh Khutub Khanah.

KELENGKAPAN DAN KOLEKSI

Pada ketika itu, kelengkapan yang disediakan hanya dua buah rak buku, dua buah meja dan enam belas kerusi pembaca, dan sebuah almari yang dihadiahkan oleh Persatuan Teksi dan sebuah kabinet katalog sumbangan YB Dato’ Azizul Rahman. Koleksi buku telah meningkat kepada 7198 naskhah pada tahun 1972, yang kebanyakannya diperolehi melalui sumbangan daripada pihak USIS, DBP, British Council dan Kedutaan-kedutaan di Kuala Lumpur.

ENAKMEN PERPUSTAKAAN
Perkembangan Khutub Khanah Negeri telah mendapat perhatian daripada Perpustakaan Negara. Pengarah Perpustakaan Negara, Encik Saad Marzuki serta Encik Wijasuriya selaku Timbalan Pengarah telah mengadakan lawatan ke negeri Perlis untuk berbincang dengan Jawatankuasa berkenaan mengenai masalah dan kesulitan yang dihadapi dalam menguruskan perjalanan Khutub Khanah ini. Mereka juga sempat bertemu dengan YAB Menteri Besar, Datuk Jaafar Hassan dan mengesyorkan Kerajaan Negeri mewujudkan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri sebagai Badan Berkanun. Langkah ini bertujuan membolehkan kakitangan ikhtisas yang mempunyai kelulusan dalam bidang Sains Perpustakaan, dilantik bagi mentadbirkan perpustakaan yang sedia ada dengan lebih teratur dan sistematik lagi. Satu enakmen yang dinamakan “Enakmen Perbadanan Perpustakaan Umum Negeri Perlis” telah dapat digubal dengan bantuan daripada Perpustakaan Negara dan diwartakan secara rasmi pada 20 Nov 1973. Dengan termeterainya enakmen tersebut, Perbadanan itu dengan rasminya mengambil alih perjalanan Khutub Khanah Negeri.
PERKEMBANGAN SELEPAS MENJADI PERBADANAN
Pada tahun 1976, seorang Penolong Pustakawan telah dilantik bagi mengetuai pentadbiran perpustakaan ini dengan dibantu oleh seorang Pembantu Perpustakaan, Pelayan Perpustakaan serta seorang Penyemak Perpustakaan Sambilan. Pada tahun 1977, Lembaga Pengarah Perbadanan bersetuju menukarkan nama Perpustakaan Umum kepada Awam bagi menyeragamkannya dengan Perbadanan-perbadanan Perpustakaan Negeri lain.
PROJEK BANGUNAN BAHARU
Peruntukan sebanyak RM1 juta telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga untuk projek bangunan baharu perpustakaan dengan keluasan lantai 25,000 kaki persegi. Di atas masalah kemelesetan ekonomi dan perubahan tapak maka pelaksanaan projek ditangguhkan sehinggalah ke Rancangan Malaysia Kelima. Bangunan baharu Perpustakaan Negeri siap pembinaannya pada Disember 1987. Pembukaan rasminya disempurnakan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis pada 20 September 1988.

 +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

RANGKAIAN PERPUSTAKAAN



1.             Perpustakaan Cawangan dan Pekan

Perpustakaan Cawangan bertempat di Simpang Empat, Padang Besar dan Kuala Perlis manakala sebuah Perpustakaan Pekan yang terletak di Bandar Diraja Arau. Perpustakaan cawangan dan pekan ini menyediakan kemudahan bahan-bahan bacaan, kemudahan komputer yang mempunyai capaian internet dan menjalankan aktiviti galakan membaca kepada masyarakat setempat. Turut disediakan adalah kemudahan Perpustakaan Permainan Kanak-Kanak (i-Play Toy Library)untuk kanak-kanak berumur 0-8 tahun.

2.             Perpustakaan Desa
Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah mempunyai 36 buah Perpustakaan Desa di seluruh Negeri Perlis sehingga kini.   Antara kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan Desa adalah bahan bacaan dan aktiviti galakan membaca kepada penduduk luar bandar. Terkini, Perpustakaan Desa sudah dilengkapi dengan perkhidmatan internet dan “wifi” secara percuma. Berikut adalah senarai Perpustakaan Desa (PD) yang terdapat di negeri Perlis:



Perpustakaan Desa Batu Bertangkup
Kampung Batu Bertangkup

02500 Chuping, Perlis



Perpustakaan Desa Padang Siding
Masjid Padang Siding

Pauh 02600 Arau,

Perlis

Perpustakaan Desa Mata Ayer

Kampung Mata Air

02500 Mata Air,

Perlis


Perpustakaan Desa Tambun Tulang

Kampung Tambun Tulang

02600 Arau,

Perlis


Perpustakaan Desa Kok Klang

Kampung Kok Klang,

02500 Chuping,

Perlis.



Perpustakaan Desa Bukit Chabang

Kampung Bukit Chabang, Titi Tinggi

02100 Padang Besar

Perlis


Perpustakaan Desa Masjid Ehsan

Masjid Ehsan,

02400 Beseri,

Perlis
Perpustakaan Desa Titi Tinggi Hulu

Kampung Titi Tinggi Hulu

02100 Padang Besar,

Perlis


Perpustakaan Desa Padang Jelutong

Kampung Padang Jelutong

02500 Chuping,

Perlis


Perpustakaan Desa Balik Bukit

Kampung Balik Bukit

02500 Chuping,

Perlis

 

Perpustakaan Desa Oran

Kampung Oran

02500 Mata Air,

Perlis

          

Perpustakaan Desa Seberang Ramai

Kampung Seberang Ramai

02000 Kuala Perlis,

Perlis

       


Perpustakaan Desa Sentua

Kampung Sentua, Utan Aji

01000 Kangar

Perlis


Perpustakaan Desa Guar Gajah

Kampung Guar Gajah

02600 Arau,

Perlis

 

Perpustakaan Desa Paya Kelubi

Kampung Paya Kelubi,

02450 Bukit Keteri

Perlis


Perpustakaan Desa Abi

Kampung Simpang Empat Abi

01000 Kangar,

Perlis

 

Perpustakaan Desa Chantek Bangun

Kampung Cantik Bangun,Guar Sanji

02700 Simpang Empat

Perlis


Perpustakaan Desa Ulu Pauh

D/A Masjid Kampung Ulu Pauh

02600 Arau,

Perlis


PERPUSTAKAAN DESA PROJEK KHAS 2005



Perpustakaan Desa Alor Redis

Dewan Orang Ramai Alor Redis

02600 Arau,

Perlis

        

Perpustakaan Desa  FELCRA Lubuk Sireh

Dewan FELCRA Lubuk Sireh

02100 Jalan Kaki Bukit

Perlis

          

Perpustakaan Desa Kaki Bukit

Pekan Kaki Bukit

02400 Kaki Bukit

Perlis


Perpustakaan Desa  Telok Jambu

Dewan Orang Ramai Kampung Teluk Jambu,Bintong

01000,Kangar

Perlis


Perpustakaan Desa Wang Kelian

Kampung Wang Kelian

02400 Kaki Bukit

Perlis


PERPUSTAKAAN DESA PROJEK KHAS 2006

           

Perpustakaan Desa Behor Mali

Sekolah Agama Al-Islahiah Behor Mali

02700 Behor Mali

Perlis


Perpustakaan Desa  Kampung Bongkok,

Kampung Bongkok,Santan

01000 Kangar

Perlis


Perpustakaan Desa  Kampung Peladang,

Kampung Peladang

01000 Kayang

Kangar, Perlis


Perpustakaan Desa Syed Omar, Bintong

Kampung Syed Omar

01000 Kangar

Perlis


Perpustakaan Desa Kampung Tersusun, Padang Besar

Kampung Tersusun

02100 Padang Besar (U)

Perlis

  
Perpustakaan Desa Titi Tok Bandar, Seriab

Kampung Titi Tok Bandar

Seriab 01000 Kangar

Perlis


Perpustakaan Desa Kuala Sanglang

Pekan Kuala Sanglang

02700 Simpang Empat

Perlis


Perpustakaan Desa Masjid Simpang Sanglang

Masjid Kampung Simpang Sanglang

02700 Simpang Empat

Perlis

 
 Perpustakaan Desa RPA Pauh

Perumahan RPA Pekan Pauh

02600 Arau

Perlis



Perpustakaan Desa Sungai Bakong

Kampung Sungai Bakong

01000 Kangar

Perlis


Perpustakaan Desa  Wang Ulu, Bintong

Wang Ulu Bintong

01000 Kangar




PERPUSTAKAAN DESA PROJEK KHAS 2007





Perpustakaan Desa Taman Kemajuan

01000 Kangar, Perlis

           

Perpustakaan Desa Bongor Kudong

Masjid Kampung Simpang Sanglang

02700 Simpang Empat

Perlis






3.  PERPUSTAKAAN BERGERAK

Perpustakaan Awam Negeri Perlis mempuyai tiga buah perpustakaan bergerak yang memberikan perkhidmatan di seluruh negeri Perlis. Perpustakaan bergerak ini memberikan perkhidmatan seminggu sekali di setiap hentian. Sambutan daripada masyarakat setempat adalah amat menggalakkan. Perkhidmatan bas bergerak ini mencakupi segenap pelosok desa dan sekolah – sekolah di sekitar negeri Perlis. Perkhidmatan terbaharu adalah di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis dan Kompleks SUK Lama yang memberi kemudahan kepada penjawat awam yang bertugas di bangunan ini pada setiap hari Jumaat dua kali sebulan









No comments:

Post a Comment