Kem PERASA 2016 yang telah di anjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis pada 14 hingga 16 Oktober 2016...Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program tersebut...kepada mereka yang mengintai blog saya ni, saya syorkan kepada anda untuk mengikuti program yang dianjurkan di Kem Perasa ini yang bertempat di Changkat Jering, Perak...sebarang pertanyaan boleh menghubungi 019-4423269 (Paksu) dan 019-7749210 (Wak)
Tuesday, 18 October 2016
Sunday, 2 October 2016
Assalamualaikum...
Pernah dengar lagu ni?
Jom Nyanyi sama - sama
Muharam Safar Rabiulawal
Rabiulakhir Jamadilawal
Jamadilakhir
Rejab Syaaban Ramadhan
Syawal Zulkaidah Zulhijjah
Awal Muharam bermula hijrah
Safar hindari amalan salah
Rabiulawal awal nabi diputerakan
Di tahun gajah
Israk dan Mikraj di bulan Rejab
Syaaban tingkatkan amalan
Berpuasa di bulan Ramadhan
Berhari raya di bulan Syawal
Ibadat haji di bulan Zulhijjah
Juga menyambul Aidil Adha
Ibadat haji di bulan Zulhijjah
Juga menyambul Aidil Adha
Ya Allah Maha Kuasa
PadaMu kami meminta
Perlindungaan di tahun ini
Dari godaan syaitan durjana
Ya Allah Maha Kuasa
PadaMu kami meminta
Kebaikan di tahun ini
Berkekalan ke tahun depan
DIKESEMPATAN INI PERPUSTAKAAN DESA CHANTEK BANGUN MENGGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH UNTUK SEMUA UMAT ISLAM
Pernah dengar lagu ni?
Jom Nyanyi sama - sama
Muharam Safar Rabiulawal
Rabiulakhir Jamadilawal
Jamadilakhir
Rejab Syaaban Ramadhan
Syawal Zulkaidah Zulhijjah
Awal Muharam bermula hijrah
Safar hindari amalan salah
Rabiulawal awal nabi diputerakan
Di tahun gajah
Israk dan Mikraj di bulan Rejab
Syaaban tingkatkan amalan
Berpuasa di bulan Ramadhan
Berhari raya di bulan Syawal
Ibadat haji di bulan Zulhijjah
Juga menyambul Aidil Adha
Ibadat haji di bulan Zulhijjah
Juga menyambul Aidil Adha
Ya Allah Maha Kuasa
PadaMu kami meminta
Perlindungaan di tahun ini
Dari godaan syaitan durjana
Ya Allah Maha Kuasa
PadaMu kami meminta
Kebaikan di tahun ini
Berkekalan ke tahun depan
DIKESEMPATAN INI PERPUSTAKAAN DESA CHANTEK BANGUN MENGGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH UNTUK SEMUA UMAT ISLAM
Friday, 16 September 2016
SELAMAT HARI MALAYSIA
Hari Malaysia disambut pada 16 September
setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di
tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama
Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Thursday, 8 September 2016
IBADAH HAJI DAN QURBAN
Labbaikalla humma labbaik...
Labbaika la sharika laka labbaik...
Innal hamda...
Wan ne'emata...
Laka walmulk..
La sharika lak...
Sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang tidak lama lagi, iaitu pada tanggal 12 September 2016 bersamaan 10 Zulhijjah 1437 H, admin akan kongsikan sedikit maklumat tentang ibadah Haji dan Qurban. Admin yakin anda mesti tahu kan apakah peristiwa yang menyebabkan terjadinya ibadah qurban?Diharapkan semua umat Islam yang menunaikan haji akan diberikan ganjaran haji yang mabrur. In shaa Allah.
Jom, kita selamai apa itu haji dan qurban. Semoga perkongsian yang sedikit ini akan dapat memberikan manfaat kepada kita. Kalau anda ingin tahu tentang maklumat yang lebih lanjut, boleh layari laman sesawang yang yang berkaitan.
Sumber gambar : http://maghfirahtravel.com/tag/prosesi-ibadah-haji/
HAJI
Syarat-Syarat Haji
Yang dimaksud mampu sebagai salah satu syarat haji adalah sebagai berikut....
1. Beribadah Sehat. Orang sakit atau lemah fisiknya dapat mewakilkan kepada orang lain jika ia mampu membiayainya.
2. Ada kendaraan yang dapat mengantar ulang dan pergi ke Mekah bagi orang yang di luar mekah.
3. Aman dalam perjalanan. Artinya, jiwa dan hartanya terjamin keselamatannya.
4.
Memiliki bekal yang cukup. Artinya, harta yang dimiliki cukup untuk
memenuhi kebutuhan hidup selama mengerjakan haji, termasuk juga cukup
untuk menjamin kebutuhan keluarga yang ditinggalkannya.
5. Bagi perempuan harus dengan suaminya atau diserta mahram atau dengan perempuan lain yang ada mahramnya.
Syarat-Syarat Haji yang harus dipenuhi
- Beragama Islam
- Berakal sehat
- Balig atau dewasa
- Merdeka (bukan budak) dan
- Kuasa atau mampu untuk melakukannya
Rukun-Rukun Haji
Rukun-Rukun Haji
Rukun
Haji adalah perbuatan yang wajib dikerjakan dan tidak dapat diganti
dengan membayar denda. Meninggalkan salah satu rukun haji akan gugur
atau tidak sah ibadah haji tersebut. Rukun haji ada enam, yaitu sebagai
berikut :
1. Ihram
Ihram
adalah berniat mengerjakan ibadah haji atau umrah dengan memakai
pakaian ihram, pakaian berwarna putih bersih dan tidak berjahit. Pakaian
tidak berjahit hanya berlaku bagi laki-laki.
2. Wukuf di Padang Arafah
Wukuf
adalah hadir di Padang Arafah pada waktu zuhur, dimulai sejak
tergelincir matahari tanggal 9 Zulhijah sampai terbit fajat tanggal 10
Zulhijah (pada bulan haji).
3. Tawaf
Tawaf
adalah mengelilingi Ka'bah sebanyak tujuh kali putaran, dimulai dari
Hajar Aswad dengan posisi Ka'bah di sebelah kiri orang yang bertawaf
(berputar kebalikan arah jarum jam). Orang yang tawaf harus menutup
aurat serta suci dari hadas dan najis.
Macam-Macam Tawaf
- Tawaf qudum, dilakukan ketika baru sampai di Mekah
- Tawaf ifadah, dilakukan karena melaksanakan rukun haji
- Tawaf nazar, dilakukan karena nazar
- Tawaf sunah, dilakukan tidak karena sebab-sebab tertentu (mencari keutamaan dalam ibadah).
- Tawaf wadak, dilakukan karena hendak meninggalkan mekah
4. Sai
Sai
adalah berlari-lari kecil antara Bukit Safa dan Marwah. Ketentuan sai
harus dimulai dari Bukit Safa dan diakhiri di Bukit Marwah. Sai
dilakukan sebanyak tujuh kali dan dikerjakan setelah tawaf.
5. Menggunting (Mencukur) Rambut
Waktu
mencukur rambut setelah melempar Jamrah Aqabah pada hari Nahar. Apabila
mempunyai kurban, mencukup dilakukan setelah menyembelih hewan kurban.
Mencukur rambut sekurang-kurangnya tiga helai rambut.
6. Tertip
Tertip
berarti menertipkan rukun-rukun haji tersebut. Artinya, harus berurutan
dimulai dari niat (ihram), wukuf, tawaf, sai, dan menggunting rambut.Perkongsian dari laman sesawang : http://www.artikelsiana.com/2015/09/pengertian-haji-syarat-rukun-jenis-tata.html
**********************************************************************************
Sumber gambar : http://petuabahagia.net/pengertian-hikmah-dan-kebaikan-ibadah-qurban/
QURBAN
Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada tenakan yang diketegorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN
- Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban
ini adalah sunat Muakhadah iaitu sunah yang amat digalakkan
atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka,
berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya
sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya
sekali seumur hidup.
- Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu
melakukannya.
- Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu
telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan
(at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata
"lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam
keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
- Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.
NOTA : MOHON BETULKAN ADMIN JIKA TERDAPAT KESALAHAN FAKTA DALAM PENYIARAN ARTIKEL INI.
SELAMAT HARI RAYA AIDILAHDA 1437 H
Wednesday, 7 September 2016
PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA FIESTA SENI 2016
Jom..j0m..j0m..anda yang berbakat dalam bidang fotografi, mai sertai Pertandingan Fotografi sempena Fiesta Seni 2016 anjuran Perpustakaan Awam Negeri Perlis.
Tarikh tutup penyertaan : 30 September 2016
Jangan lepaskan peluang ini....!!!
Tarikh tutup penyertaan : 30 September 2016
Jangan lepaskan peluang ini....!!!
Tuesday, 6 September 2016
ALERT :::: VIRUS ZIKA
Ramai yang ingin tahu apa itu Virus Zika
yang kini dikesan menular di negara Amerika Latin terutama di Brazil,
Colombia dan beberapa negara lagi termasuk seramai 4 juta penduduk
Amerika Syarikat yang kemungkinan besar bakal dijangkiti sehingga akhir
tahun 2016 ini menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pusat
Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa juga telah mengeluarkan senarai
12 negara yang disarankan untuk tidak dilawati oleh wanita hamil terutamanya di
Caribbean dan Amerika Latin. Nyamuk aedes penyebab demam denggi adalah punca penyebaran demam Zika
Apa Itu Virus Zika
Virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk
Aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya. Ianya boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau 'mikrosefali' sekiranya dijangkiti. Virus ini ditemui
di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan ianya merupakan bukan
penyakit baru bagi negara seperti Afrika. Wabak Zika mula merebak secara
meluas di Hemisfera Barat sejak bulan Mei 2015 dimana ianya bermula di
Brazil.
Info Virus Zika
Berikut adalah maklumat ringkas mengenai Virus Zika :-
- Mula menular di negara Afrika dan Asia sejak tahun 2007
- Virus disebarkan oleh Nyamuk Aedes dan bergantung kepada spesis.
- Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.
- Antara simptom dijangkiti adalah pening, ruam, demam dan sakit belakang
- Dikesan menular di daerah Camacari Brazil pada April 2015
- Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.
- Sekiranya anda mengalami deman, dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital bagi menggelakkan anda mendapat komplikasi deman denggi
- Hapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes
- Masukkan ubat jentik - jentik ke dalam takungan air
- Gunakan aerosol pembunuh
BLOG DALAM PEMBINAAN
Assalamualaikum dan selamat tengah hari
Untuk makluman anda, blog Perpustakaan Desa Chantek Bangun masih lagi dalam pembikinan. Jadi Admin memohon maaf atas sebarang maklumat yang masih lagi belum lengkap. Admin akan berusaha menyanpaikan maklumat kepada anda seberapa banyak yang boleh.
Sebarang maklumat boleh berhubung terus dengan Admin ataupun ibu pejabat.
Harap maaf atas sebarang kesulitan
Terima kasih :P
Untuk makluman anda, blog Perpustakaan Desa Chantek Bangun masih lagi dalam pembikinan. Jadi Admin memohon maaf atas sebarang maklumat yang masih lagi belum lengkap. Admin akan berusaha menyanpaikan maklumat kepada anda seberapa banyak yang boleh.
Sebarang maklumat boleh berhubung terus dengan Admin ataupun ibu pejabat.
Harap maaf atas sebarang kesulitan
Terima kasih :P
Thursday, 1 September 2016
AKTIVITI BULAN OGOS
AKTIVITI PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG CHANTEK BANGUN BULAN OGOS
Hari ni admin nak belanja aktiviti yang admin buat sepanjang bulan Ogos di Perpustakaan Desa Kampung Chantek Bangun.
Hari ni admin nak belanja aktiviti yang admin buat sepanjang bulan Ogos di Perpustakaan Desa Kampung Chantek Bangun.
Pameran Buku Baharu
Tiap -tiap bulan admin kena ambik buku baharu di Perpustakaan Awam Negeri Perlis, lepas ja admin proses buku tu, admin akan pamer la dulu bg pengunjung admin tengok. Kalau nak pinjam boleh la mai Perpustakaan admin ni...
Tiap -tiap bulan admin kena ambik buku baharu di Perpustakaan Awam Negeri Perlis, lepas ja admin proses buku tu, admin akan pamer la dulu bg pengunjung admin tengok. Kalau nak pinjam boleh la mai Perpustakaan admin ni...
Pameran sempena Bulan Kemerdekaan 2016
Buku
yang berkaitan dengan kemerdekaan negara admin boh kat sini dlu, kita
pamer dulu kat pengunjung. Kalau ada pelajar yang memerlukan buku
berkaitan sejarah Malaysia ka sejarah merdeka ka, mai la sini boleh
pinjam
Admin
nak buat aktiviti, suruh la depa mai ramai sikit, tgk2 mai 3 org ja, yg
lain depa kata pi ligan mesin padi. admin buat aktiviti cut and paste
gajah kat depa..depa seronok...
Topeng Merdeka.
bila depa seronok depa minta buat lagi aktiviti, admin bg kat depa topeng merdeka...depa warna lpas tu depa pakai topeng tu...
lepas
tu admin pengurus Mini RTC Kg. Bongor Kudong ajak admin join aktiviti
dia. admin pon join la. admin hantaq ahli perpustakaan admin pi join.
aktiviti ni bertujuan untuk menyemarakkan lg bulan kemerdekaan....
Mewarna Bendera Malaysia
ni
lagi satu aktiviti yg admin buat smpena bulan kemerdekaan..aktiviti
mewarna bendera Malaysia...mewarna lagi...tak pa janji aktiviti...
Gotong-royong
Aktiviti
ni admin buat bersama staf perpustakaan desa yg lain. nak bg cantik
tempak kerja katanya...lgpon bagus juga aktiviti ni sb boleh merapatkan
lagi ikatan ukhwah antara staf perpustakaan....
ADMIN
RASA CUKUP LA DLU ADMIN BOH GAMBAQ AKTIVITI BULAN OGOS NI...KALAU ADA
YANG NAK JADIKAN CONTOH AKTIVITI ADMIN ALU - ALUKAN....NANTI BULAN
SEPTEMBER PUNYA AKTIVITI ADMIN UPDATE LAGI....JUMPA LAGI
....ASSALAMUALAIKUM...
Wednesday, 31 August 2016
LIRIK LAGU MERDEKA DAN LAGU SEHATI SEJIWA
Nah admin belanja lirik lagu Merdeka dengan lrik lagu sehati Sejiwa sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2016. kot- kot la ada yang tak tau lagu lagu ni.....
TANGGAL 31
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Ulang Daripada Mula
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Merdeka.. merdeka.. merdeka..
MERDEKA
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Ulang Daripada Mula
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Merdeka.. merdeka.. merdeka..
MERDEKA
SEHATI SEJIWA
Demi ……tanah yang bertuah
Taman….. cinta merdeka ..aaa
Kasih …di hatiku ini
Untukmu ….tanah pertiwi …iii
Dari …..utara selatan
Juga….. timur ke barat
Turut gagah ….Sabah Serawak
Se….hati Sejiwa
Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa
Bridge
Laut luas terbentang
Bukan satu halangan
Untuk kita bersama
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya…..
Chorus
Walaupun berbeza
Budaya Agama
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan
Marilah bersatu
Sehati sejiwa
Malaysia Kekal Sejahtera …
Korus Iban Kadazan…
(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
( mi i so ginavo)kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan
(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa
Tuesday, 23 August 2016
BENDERA MALAYSIA
BENDERA MALAYSIA
Bendera merupakan
lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kedaulatan bagi sesebuah
negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan
perasaan bangga terhadap tanah air. Bendera ditakrifkan sebagai sebidang kain
yang diperagakan bagi menunjukkan tanda dan lambang kewujudan yang juga
dikenali sebagai panji dan obor. Bendera dalam budaya Melayu biasanya dikaitkan
dengan kedudukan golongan Diraja yang memerintah.
Terdapat
14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah
di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur
ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan iaitu
Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan,
Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
Warna
merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula membawa makna
suci murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna
Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu. Gabungan tiga warna utama iaitu
merah, putih dan biru melambangkan setia kawan Persekutuan Tanah Melayu dan
United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwel.
PENCIPTA BENDERA MALAYSIA
Pencipta Bendera Malaysia ialah Allahyarham Mohamed Hamzah. Beliau
adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang
yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula
pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka
cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan
peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan.
Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea
kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut.
Allahyarhammenamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar)
dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum
usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung
Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh
negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan
kita semua.
Wednesday, 17 August 2016
KAWASAN MENARIK DI SEKITAR PD
Sawah Bendang
Perlis merupakan sebuah negeri yang terkecil di Malaysia dan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil tanaman padi dan harum manis. Tetapi, di sekitar kawasan Perpustakaan Desa Kampung Chantek Bangun telah dikelilingi oleh sawah padi yang menghijau serta cantik mata memandang. Suasana serta udara yang terdapat di kawasan ini sangat bersih dan nyaman. Perkara ini membolehkan pengunjung yang mengunjungi Perpustakaan Desa Kampung Chantek Bangun dapat menggunakan perkhidmatan perpustakaan dengan nyaman dan tenteram.....
MAKNA KEMERDEKAAN.....
Istilah kemerdekaan digunakan untuk membezakan dengan penaklukan yang merujuk kepada sesuatu kawasan sebagai "wilayah" yang dikawal oleh sebuah kerajaan luaran dari segi politik dan tentera. Perkataan ini kekadang juga digunakan dalam erti kata yang lebih lemah untuk membezakan dengan hegemoni yang merupakan kawalan sebuah negara secara tak langsung oleh sebuah negara yang lebih kuat.
Kemerdekaan boleh merupakan taraf permulaan bagi sebuah negara muncul (sering kali untuk mengisi kekosongan politik), tetapi sering merupakan pembebasan daripada kuasa yang mendominasi kawasan itu. Dari segi negatif, kemerdekaan juga boleh ditakrifkan sebagai keadaan yang tidak dikuasai oleh kuasa yang lain melalui penjajahan, dasar peluasan kuasa atau imperialisme.
Kemerdekaan boleh diperoleh melalui penyahjajahan, pemisahan atau pembahagian. Walaupun ketiga-tiga ini sering berbetulan dengan kemerdekaan, ketiga-ketiga ini harus tidak dikelirukan dengan pemberontakan yang biasanya merujuk kepada penggulingan pihak berkuasa secara ganas. Ini kekadang hanya bertujuan untuk pengagihan semula kuasa — dengan atau tanpa unsur pembebasan seperti dalam kes pendemokrasian — di dalam sebuah negara dan oleh itu, bentuk negara itu tidak berubah. Umpamanya, Revolusi OktoberRusia tidak bertujuan untuk memperoleh kemerdekaan negara; sebaliknya Perang Revolusi Amerika Syarikat bertujuan sedemikian.
Subscribe to:
Posts (Atom)