Tuesday, 18 October 2016

KEM PERASA 2016

Kem PERASA 2016 yang telah di anjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis pada 14 hingga 16 Oktober 2016...Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program tersebut...kepada mereka yang mengintai blog saya ni, saya syorkan kepada anda untuk mengikuti program yang dianjurkan di Kem Perasa ini yang bertempat di Changkat Jering, Perak...sebarang pertanyaan boleh menghubungi 019-4423269 (Paksu) dan 019-7749210 (Wak)







Sunday, 2 October 2016

Assalamualaikum...

Pernah dengar lagu ni?

Jom Nyanyi sama - sama

Muharam Safar Rabiulawal
Rabiulakhir Jamadilawal
Jamadilakhir
Rejab Syaaban Ramadhan
Syawal Zulkaidah Zulhijjah


Awal Muharam bermula hijrah
Safar hindari amalan salah
Rabiulawal awal nabi diputerakan
Di tahun gajah


Israk dan Mikraj di bulan Rejab
Syaaban tingkatkan amalan
Berpuasa di bulan Ramadhan
Berhari raya di bulan Syawal


Ibadat haji di bulan Zulhijjah
Juga menyambul Aidil Adha
Ibadat haji di bulan Zulhijjah
Juga menyambul Aidil Adha


Ya Allah Maha Kuasa
PadaMu kami meminta
Perlindungaan di tahun ini
Dari godaan syaitan durjana


Ya Allah Maha Kuasa
PadaMu kami meminta
Kebaikan di tahun ini
Berkekalan ke tahun depan


DIKESEMPATAN INI PERPUSTAKAAN DESA CHANTEK BANGUN MENGGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH UNTUK SEMUA UMAT ISLAM

Friday, 16 September 2016

SELAMAT HARI MALAYSIA


 Image result for hari malaysia




Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.



Thursday, 8 September 2016

IBADAH HAJI DAN QURBAN

Labbaikalla humma labbaik...
Labbaika la sharika laka labbaik...
Innal hamda...
Wan ne'emata...
Laka walmulk..
La sharika lak...

Sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang tidak lama lagi, iaitu pada tanggal 12 September 2016 bersamaan 10 Zulhijjah 1437 H, admin akan kongsikan sedikit maklumat tentang ibadah Haji dan Qurban. Admin yakin anda mesti tahu kan apakah peristiwa yang menyebabkan terjadinya ibadah qurban?

Diharapkan semua umat Islam yang menunaikan haji akan diberikan ganjaran haji yang mabrur. In shaa Allah.

Jom, kita selamai apa itu haji dan qurban. Semoga perkongsian yang sedikit ini akan dapat memberikan manfaat kepada kita. Kalau anda ingin tahu tentang maklumat yang lebih lanjut, boleh layari laman sesawang yang yang berkaitan.


Sumber gambar : http://maghfirahtravel.com/tag/prosesi-ibadah-haji/



HAJI

Syarat-Syarat Haji

 Yang dimaksud mampu sebagai salah satu syarat haji adalah sebagai berikut.... 
1. Beribadah Sehat. Orang sakit atau lemah fisiknya dapat mewakilkan kepada orang lain jika ia mampu membiayainya. 
2. Ada kendaraan yang dapat mengantar ulang dan pergi ke Mekah bagi orang yang di luar mekah. 
3. Aman dalam perjalanan. Artinya, jiwa dan hartanya terjamin keselamatannya. 
4. Memiliki bekal yang cukup. Artinya, harta yang dimiliki cukup untuk memenuhi kebutuhan hidup selama mengerjakan haji, termasuk juga cukup untuk menjamin kebutuhan keluarga yang ditinggalkannya. 
5. Bagi perempuan harus dengan suaminya atau diserta mahram atau dengan perempuan lain yang ada mahramnya.
Syarat-Syarat Haji yang harus dipenuhi 
  • Beragama Islam 
  • Berakal sehat
  • Balig atau dewasa
  • Merdeka (bukan budak) dan 
  • Kuasa atau mampu untuk melakukannya

Rukun-Rukun Haji

Rukun-Rukun Haji 
Rukun Haji adalah perbuatan yang wajib dikerjakan dan tidak dapat diganti dengan membayar denda. Meninggalkan salah satu rukun haji akan gugur atau tidak sah ibadah haji tersebut. Rukun haji ada enam, yaitu sebagai berikut

1. Ihram 
Ihram adalah berniat mengerjakan ibadah haji atau umrah dengan memakai pakaian ihram, pakaian berwarna putih bersih dan tidak berjahit. Pakaian tidak berjahit hanya berlaku bagi laki-laki.  
2. Wukuf di Padang Arafah  
Wukuf adalah hadir di Padang Arafah pada waktu zuhur, dimulai sejak tergelincir matahari tanggal 9 Zulhijah sampai terbit fajat tanggal 10 Zulhijah (pada bulan haji). 
3. Tawaf
Tawaf adalah mengelilingi Ka'bah sebanyak tujuh kali putaran, dimulai dari Hajar Aswad dengan posisi Ka'bah di sebelah kiri orang yang bertawaf (berputar kebalikan arah jarum jam). Orang yang tawaf harus menutup aurat serta suci dari hadas dan najis.  
Macam-Macam Tawaf
  • Tawaf qudum, dilakukan ketika baru sampai di Mekah
  • Tawaf ifadah, dilakukan karena melaksanakan rukun haji
  • Tawaf nazar, dilakukan karena nazar
  • Tawaf sunah, dilakukan tidak karena sebab-sebab tertentu (mencari keutamaan dalam ibadah). 
  • Tawaf wadak, dilakukan karena hendak meninggalkan mekah
4. Sai
Sai adalah berlari-lari kecil antara Bukit Safa dan Marwah. Ketentuan sai harus dimulai dari Bukit Safa dan diakhiri di Bukit Marwah. Sai dilakukan sebanyak tujuh kali dan dikerjakan setelah tawaf.   
5. Menggunting (Mencukur) Rambut
Waktu mencukur rambut setelah melempar Jamrah Aqabah pada hari Nahar. Apabila mempunyai kurban, mencukup dilakukan setelah menyembelih hewan kurban. Mencukur rambut sekurang-kurangnya tiga helai rambut. 
6. Tertip
Tertip berarti menertipkan rukun-rukun haji tersebut. Artinya, harus berurutan dimulai dari niat (ihram), wukuf, tawaf, sai, dan menggunting rambut.

 Perkongsian dari laman sesawang : http://www.artikelsiana.com/2015/09/pengertian-haji-syarat-rukun-jenis-tata.html

 **********************************************************************************

 Sumber gambar : http://petuabahagia.net/pengertian-hikmah-dan-kebaikan-ibadah-qurban/


QURBAN

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada tenakan yang diketegorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.


HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN
  • Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakhadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

  • Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.

  • Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.

  • Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya. 
Perkongsian dari laman sesawang : http://www.al-azim.com/masjid/haji/qurban_1.htm 

NOTA : MOHON BETULKAN ADMIN JIKA TERDAPAT KESALAHAN FAKTA DALAM PENYIARAN ARTIKEL INI.

SELAMAT HARI RAYA AIDILAHDA 1437 H

Wednesday, 7 September 2016

PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA FIESTA SENI 2016

Jom..j0m..j0m..anda yang berbakat dalam bidang fotografi, mai sertai Pertandingan Fotografi sempena Fiesta Seni 2016 anjuran Perpustakaan Awam Negeri Perlis.

Tarikh tutup penyertaan : 30 September 2016



Jangan lepaskan peluang ini....!!!

Tuesday, 6 September 2016

ALERT :::: VIRUS ZIKA


Ramai yang ingin tahu apa itu Virus Zika yang kini dikesan menular di negara Amerika Latin terutama di Brazil, Colombia dan beberapa negara lagi termasuk seramai 4 juta penduduk Amerika Syarikat yang kemungkinan besar bakal dijangkiti sehingga akhir tahun 2016 ini menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa juga telah mengeluarkan senarai 12 negara yang disarankan untuk tidak dilawati oleh wanita hamil terutamanya di Caribbean dan Amerika Latin. Nyamuk aedes penyebab demam denggi adalah punca penyebaran demam Zika

Apa Itu Virus Zika

Virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya. Ianya boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau 'mikrosefali' sekiranya dijangkiti. Virus ini ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan ianya merupakan bukan penyakit baru bagi negara seperti Afrika. Wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak bulan Mei 2015 dimana ianya bermula di Brazil.

Info Virus Zika

Berikut adalah maklumat ringkas mengenai Virus Zika :-
  1. Mula menular di negara Afrika dan Asia sejak tahun 2007
  2. Virus disebarkan oleh Nyamuk Aedes dan bergantung kepada spesis.
  3. Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.
  4. Antara simptom dijangkiti adalah pening, ruam, demam dan sakit belakang
  5. Dikesan menular di daerah Camacari Brazil pada April 2015
  6. Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa. 
Perkongsian dari laman sesawang :  http://www.panduanmalaysia.com/2016/02/virus-zika-simptom-tanda-rawatan-punca.html
INGAT!!!

  • Sekiranya anda mengalami deman, dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital bagi menggelakkan anda mendapat komplikasi deman denggi
  • Hapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes
  • Masukkan ubat jentik - jentik ke dalam takungan air
  • Gunakan aerosol pembunuh

BLOG DALAM PEMBINAAN

Assalamualaikum dan selamat tengah hari

Untuk makluman anda, blog Perpustakaan Desa Chantek Bangun masih lagi dalam pembikinan. Jadi Admin memohon maaf atas sebarang maklumat yang masih lagi belum lengkap. Admin akan berusaha menyanpaikan maklumat kepada anda seberapa banyak yang boleh.

Sebarang maklumat boleh berhubung terus dengan Admin ataupun ibu pejabat.

Harap maaf atas sebarang kesulitan

Terima kasih :P